Restoran kami "AuraSteamboat N" Grill" bertempat di Arau,Perlis. Restoran kami menawarkan makanan ala buffet yang berasaskan bakar dan rebus. Bagi yang biasa dengan hidangan Thailand, anda pasti pernah mendengar makanan "Chim Chum". Sama tapi tidak serupa, itulah yang dapat diceritakan disini tentang hidangan kami. Kami juga menyediakan beraneka jenis sos yang sesuai dengan citarasa tempatan. Yang pasti, kami menyediakan makanan HALAL!!
LOKASI :
Restoran kami beroperasi di REPOH. Restoran kami mudah dicari kerana berada di jalan utama Arau-Kangar. Cahaya lampu restoran kami yang bergemerlapan memudahkan lagi pelanggan-pelanggan kami untuk mencari restoran kami.
HIDANGAN :
Daging, ayam, sotong, udang dan banyak lagi makanan-makanan yang kami sediakan dalam bentuk buffet kepada pelanggan kami. Jangan khuatir dan bimbang jika anda seorang yang tidak memakan daging kerana kami masih menyediakn hidangan yang boleh dijamu oleh sesiapa yang tidak memakan daging, penganut agama hindhu sebagai contoh. Anda seorang vegeterian? Pasti tidak rugi jika anda datang ke restoran kami kerana kami turut menyediakan hidnagan untuk vegeterian. Sayur sawi, bunga kobis, kangkung, kobis cina dan banyak lagi hidangan sayur-sayuran yang boleh dijadikan juadah oleh golongan vegeterian.
Makan pasti tidak lengkap tanpa air.
Restoran kami turut menyediakan pelbagai jenis air, dari jenis yang bergula, bersusu, buah-buahan, minuman sayur-sayuran, kordial dan sebagainya.
KAPASITI :
Restoran kami dapat memuatkan sehingga 100 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Bagi pelanggan yang datang beramai-ramai, restoran kami juga menyediakan meja untuk kumpulan seramai 6 orang, 4 orang, 2 orang. Jangan risau jika anda mahu datang beramai-ramai kerana restoran kami turut menyediakan ruang makan untuk 6 orang ke atas.
No comments:
Post a Comment